find out MORE ABOUT

PUBLICATION

e-PROSIDING PERSIDANGAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2023

This e-proceedings has been officially published on January 10, 2024

eProsiding ini adalah koleksi kertas kerja dalam Persidangan Kebolehpasaran Graduan UTM yang diadakan pada 19 – 21 September 2023 di Cherengin Hills Convention & SPA Resort. Ia dianjurkan oleh Pusat Kerjaya UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Seramai 48 orang peserta telah menyertai persidangan dan membentangkan sebanyak 16 kertas kerja. Tema persidangan kali ini ialah ‘Graduan UTM Paling Laris’. Pelbagai tajuk artikel telah disediakan oleh penulis yang terdiri daripada GE Ambassador setiap fakulti. Antara tajuk artikel ialah ‘Laporan dan Strategi Pencapaian Graduan Fakulti’, Kebolehpasaran Premium, Analisis Kebolehpasaran Graduan Fakulti, Tren Kebolehpasaran Graduan Sarjana Fakulti, dan Prestasi Kebolehpasaran Graduan UTM’. Pelbagai idea, cadangan dan isu Kebolehpasaran Graduan telah dibincangkan dalam persidangan ini.